Friday, April 3, 2009

PM Baru, Harapan Baru?

Selepas pelbagai kontroversi, akhirnya Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pagi tadi di Istana Negara dan melengkapkan teori RAHMAN.
Najib memegang rekod peribadi tersendiri sepanjang karier beliau sebagai ahli politik sejak 1976, iaitu Ahli Parlimen termuda (23), Timbalan Menteri termuda (25), MT Umno termuda (28), Menteri Besar termuda (29) dan seterusnya Menteri termuda (33).
Adakah dengan pengalaman yang sebegini luas boleh dijadikan ukuran terhadap keupayaan Najib? Najib mungkin bernasib baik kerana lahir di kalangan keluarga yang terlibat secara langsung dengan politik. Beliau merupakan anak kepada Tun Razak (PM Malaysia Ke-2) dan anak buah Tun Hussien Onn (PM Malaysia Ke-2).
Lahir dari kalangan keluarga berada, Najib juga telah dihantar ke London seawal umur 12 tahun dan dikatakan hanya dibenarkan pulang ke tanah air sekali dalam setahun sehingga berusia 23 tahun. Ini sudah tentunya akan memberikan kesan terhadap cara pemikiran Najib.
Persoalannya, adakah Najib akan mampu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri? Seperti ayahnya, Tun Razak, Najib mewarisi kepimpinan negara ketika negara sedang dilanda krisis. Tun Razak menggalas tugas berat ketika menggantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri kerana pada masa itu negara sedang dilanda konflik perkauman yang agak hebat sehingga negara telah diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Tetapi dengan pengalaman, kesungguhan dan sudah tentunya sokongan dari semua pihak akhirnya Tun Razak, walaupun hanya dalam tempoh 6 tahun (meninggal dunia pada 1976 akibat sakit jantung), telah berjaya menyatupadukan rakyat dan membangunkan negara sehingga digelar Bapa Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru, Rukunegara antara legasi yang telah ditinggalkan oleh Tun Razak.
Hari ini, Najib menggalas tugas Perdana Menteri dan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya isu ekonomi, isu perkauman(Hindraf), tuntutan masyarakat Cina, isu penggunaan perkataan 'Allah' dan banyak lagi.
Soalnya sekali lagi, mampukah Najib menggalas tugas ini? Adakah kemampuan Najib akan dapat mengatasi reputasinya yang agak tercemar sekarang ini? Mungkin terpancar sedikit sinar apabila sejurus selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, Najib telah mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dan menarik balik pengharaman ke atas dua akhbar pembangkang. Tetapi masih ada yang khuatir bahawa ini hanyalah taktik biasa yang digunakan untuk memancing undi kaum India yang semakin lama semakin jauh meninggalkan BN.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga telah menyuarakan kebimbangan bahawa Najib akan menggunakan kekerasan untuk menyekat sebarang bentuk halangan yang boleh menggugat kuasanya. Tidak mustahil, kerana Najib banyak berguru dengan Tun Mahathir yang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dikatakan juga menggunakan cara yang sama.
Harapan mungkin juga sedikit terpancar apabila Najib mengumumkan konsep 1 Malaysia. Ramai yang percaya jika ianya dapat dilaksanakan dengan seikhlas dan setelusnya, maka kita akan berada di landasan yang betul. Tetapi mampukah Najib?
Bagaimana pula dengan hubungan antarabangsa selepas ini? Biarpun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Najib bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, tetapi nampaknya media antarabangsa tertarik untuk menyiarkan berita. Walaupun kita tidak tahu kebenaran dakwaan ini, tetapi ia pasti akan memberikan sedikit impak.
Saya bukanlah seorang penganalisis politik seperti Razak Baginda. Tetapi apa yang saya tulis adalah berdasarkan kepada perbualan rakan-rakan. Kalau hendak dibincangkan terlalu banyak spekulasi yang melanda Najib dan sudah tentulah tiada penghujung kerana masing-masing ada hujah pro kontra.
Cuma harapan saya, agar Sabah akan mendapat bahagian yang sepatutnya, dan tidak lagi 'OVERLOOKED' seperti yang dibuat oleh Mahathir tidak lama dulu.

Thursday, March 26, 2009

KJ Menang


Pelbagai reaksi timbul apabila keputusan Ketua Pemuda UMNO diumumkan malam tadi. Apa tidaknya, Khairy Jamaluddin, yang baru sahaja diberikan amaran kerana terlibat dengan politik wang telah menang (304 undi), menewaskan Khir Toyo (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).
Umum mengetahui, KJ memang cukup popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Digelar 'The Richest Jobless Man in Malaysia', KJ pasti akan mendapat jawatan yang lebih besar di dalam kerajaan selepas rombakan kabinet selaras dengan tradisi sebelum ini.
Saya bukan ahli Umno, jauh sekali ahli politik. Tetapi seperti yang saya katakan dalam post saya sebelum ini, siapa sahaja yang menang dalam pemilihan Umno kali ini, tentunya akan memberi impak kepada kepimpinan negara kita kerana mereka ini akan memegang jawatan utama dalam kerajaan.
Tidak dinafikan pengaruh KJ begitu besar sekali, kerana sabitan kesalahan politik wang yang dijatuhkan terhadapnya tidak menjatuhkan populariti beliau sama sekali dan akhirnya menang sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Cuma satu yang merisaukan. Bagi saya ini soal intergriti. Rupanya masih ada ruang untuk pemimpin yang bersalah untuk diangkat sebagai ketua. Bagi saya ini cuma satu contoh kes di antara beribu malah mungkin berjuta yang kita tidak tahu. Memanglah KJ menafikan, tapi kata orang, mana ada orang gila mengaku gila? Tapi itu hak KJ. Betul atau tidak, hanya Tuhan yang tahu.
Persoalannya, bolehkah pemimpin seperti ini menjadi ketua? Jawapan saya, YA. Tapi adakah dia akan benar-benar telus dan jujur dalam menjalankan tugas? Mungkin YA, mungkin TIDAK. Kita tunggulah. ADIOS!

Monday, March 23, 2009

Umno AGM 2009


Dalam sedikit hari saja lagi, negara akan mengalami satu lagi peristiwa bersejarah, iaitu Perhimpunan Agung Umno 2009. Saya katakan ianya bersejarah kerana selepas ini kepimpinan Umno akan berubah. Yang pasti jawatan Presiden akan disandang oleh Najib Tun Razak.
Muhammad Mohd Taib dan Muhyiddin Yassin pula bersaing untuk merebut jawatan Timbalan Presiden. Calon Timbalan Presiden yang seorang lagi, Mohd Ali Rustam telah disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno dan akhirnya tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan itu.
Calon-calon bagi Naib Presiden masih terbuka. Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Puteri Umno dan MT.
Saya katakan tadi peristiwa bersejarah, kerana lazimnya, pemenang bagi jawatan-jawatan yang saya sebutkan tadi akan memegang jawatan penting dalam kerajaan, sama ada Menteri, Timbalan Menteri atau jawatan lain.
Pemilihan kali ini sudah pastinya akan menyaksikan kepimpinan Umno berubah dan sudah semestinya merubah kepimpinan negara yang dimonopoli oleh Umno, selaras dengan pelan peralihan kuasa Pak Lah dan Najib.
Perubahan kepimpinan ini sudah mendapat reaksi pro dan kontra. Bagi yang pro-Najib, kepimpinan Najib amat ditunggu-tunggu. Bagi yang anti-Najib, peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib dianggap sebagai satu mimpi ngeri dalam sejarah negara kita.
Tempoh 3 hari nanti sudah semestinya amat kritikal. Yang pasti, penduduk negeri Sabah juga tidak sabar menunggu hari yang bersejarah ini. Sama-samalah kita nantikan keputusannya.



Thursday, March 19, 2009

Saya Ada Satu Cerita

Saya ada satu cerita :
Pada suatu hari, saya sedang membaca berita tentang kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang secara terbuka meminta Datuk Seri Ali Rustam untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan memberikan sokongan secara terbuka terhadap seorang lagi calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiba-tiba saya berasa kelucuan bila membaca kenyataan ini :
"Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris. Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis.'
Dan disambung dengan yang ini pula :
"Pada tahun 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia. Memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan dia tidak kemudiannya didapati tidak bersalah." (sumber : Malaysiakini)
Akhirnya, saya tersenyum sendirian. Dalam fikiran saya bertanya, bolehkah itu macam? Demikianlah cerita saya. Sekian...

Friday, March 13, 2009

Pilihanraya Kecil Parlimen Pensiangan - Mahkamah Persekutuan kata TIDAK

Pagi tadi, ketika saya sedang menghadiri satu mesyuarat, saya mendapat SMS dari seorang rakan yang menghadiri perbicaraan bagi mendengar keputusan rayuan Tan Sri Joseph Kurup di Mahkamah Persekutuan. Keputusan penghakiman nampaknya berpihak kepada Kurup.
Keputusan ini sudah semestinya mengecewakan Pakatan Rakyat dan sebilangan besar rakyat Pensiangan yang mahukan pilihanraya kecil diadakan agar mereka dapat memilih semula calon pilihan mereka.
Keputusan sudah dibuat. Cakap banyak pun tidak perlu lagi. Cuma satu saja la, harapan saya agar Kurup akan melaksanakan tugasnya dengan baik dan lebih berkesan selepas ini. Anggap sajalah prosiding kehakiman yang berlangsung selama beberapa bulan (sudah semestinya Kurup tidak tidur lena) sebagai 'training' kepada Kurup. Ya, Kurup cukup stress selama beberapa bulan. Tapi rakyat Pensiangan lagi stress tidak menerima pembangunan selepas berTAHUN-TAHUN.
Bagi Pakatan Rakyat pula, selepas ini mereka akan menumpukan perhatian kepada 3 pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada awal April. Kita tunggu dan lihatlah.

Wednesday, March 11, 2009

APPEAL TO RECONSIDER THE USE OF THE WORD "ALLAH"

To: Prime Minister Of Malaysia

PEOPLE'S PETITION
MEMORANDUM
To :YAB DATO'SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PRIME MINISTER OF MALAYSIA.
From :CONCERNED CITIZENS OF SABAH,MALAYSIA.
Date :4th.March.2009
SUBJECT: APPEAL TO RECONSIDER THE USE OF THE WORD "ALLAH".
Yang Amat Berhormat,
WE,the concerned citizens of Sabah,are steadfast and guided by the belief in fairness and social justice and the provisions in the Federal Constitution of Malaysia that allows the freedom of religion of it's citizens.The word "ALLAH" has always been used by the Christians to refer to "God" in their publications and preaching without restrictions and knowledge that Christians in other Muslim countries such as Indonesia and Arabia,etc without any problem and the belief in the universality of the word "ALLAH".
WE, humbly appeal to the conscience and the wisdom of YAB to reconsider the decision of the Home Ministry so that we can continue to belief in the fairness of the government. WE , the concerned citizens of Sabah Malaysia , humbly appeal that the Christians be allowed to use the word "ALLAH" in Bahasa Malaysia to refer to "GOD" in English
Sincerely,

Sunday, February 22, 2009

Sabah dan Bola Sepak

Pagi tadi, ketika sedang membaca salah satu akhbar made in Sabah, saya tertarik dengan cerita mengenai salah seorang pemain bola sepak Sabah yang tidak muncul selama beberapa hari selepas mengambil cuti. Sehigga berita tadi pagi ditulis, pemain tersebut dikatakan tidak muncul-muncul tanpa memaklumkan pihak pengurusan Sabah FA.
Apa sudah jadi? Saya tidak kisah dengan pemain tersebut, tetapi sebagai anak jati Sabah, saya sedikit kecewa kerana sudah semestinya gelagat pemain seperti ini akan menjejaskan persediaan Sabah dalam menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.
Terus terang, sejak akhir-akhir ini saya jarang mengikuti perkembangan, apatah lagi datang ke Stadium Likas bagi melihat pasukan bola sepak Sabah beraksi. Bukan tidak mahu, tapi sudah bertahun-tahun disajikan dengan persembahan hambar. Kadang-kadang menyakitkan hati melihat gelagat pemain bola sepak Sabah seperti mahu tidak mahu mengejar bola mahupun pemain pasukan lawan. Bukan apa.. kecewa bercampur geram. Bagi saya, sebagai penonton, tiada apa yang dinantikan melainkan persembahan permainan. Saya percaya, kalaupun harga tiket dinaikkan sedikit (demi untuk menampung masalah kewangan Sabah FA), peminat tetap datang. Yang penting buktikan! Ini macam apa?!
Kalau dulu kita boleh berbangga dengan pasukan Sabah. Tahun 70an - 80an, kita ada James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah dan banyak lagi. Selepas itu, lahir pula Matlan Marjan, Charles Tindi, Junaidi Tuah, Gerald Mojiliu dan Henry Anjun. Mereka semua ini anak jati Sabah. Mereka ini harus dicontohi oleh pemain muda sekarang. Ini, rambut saja perang atau belang-belang, permainan mengalahkan anak kucing belang! :P
Cukup sampai di sini la. Semakin panjang saya menulis terasa macam mau marah la pula. Harapan saya agar pasukan Sabah akan bangkit! Adios!

Wednesday, February 18, 2009

PERAK SPEAKER SUSPENDS ENTIRE EXCO

Perak state assembly speaker V Sivakumar has suspended Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors from the state assembly for 18 and 12 months respectively for contempt of the assembly.
In a printed statement released to the press this evening, Speaker V Sivakumar, as chairman of the committee, said that this was because the seven BN lawmakers failed to give any explanation during the inquiry convened after Wong Kah Woh (DAP-Canning) had last Thursday made an official complaint.
“I have decided to bar Datuk Zambry with immediate effect from attending any assembly session for the next 18 months and the six exco members have also been barred for 12 months,” stated Sivakumar.
Earlier, Wong told reporters that he had “presented my complaint against the appointments of Zambry and the six excos which were unconstitutional before the committee,” before leaving the inquiry held at the state secretariat.

Arriving at 3pm, Zambry and his six state executive councillors spent just half an hour before the state assembly’s privileges committee before leaving without speaking to reporters today.

The committee remained holed out in a meeting room at the state secretariat after Zambry and his exco left and exited at 6.30pm.

Sivakumar was quizzed as to whether he or the committee had the power to suspend the assemblymen without first bringing it before the assembly as he left the state secretariat building.
“I will notify the assembly,” he told reporters before leaving in his car.
When Sivakumar had told the press last Saturday that the committee was summoning Zambry and his exco, he had said that the committee can only carry out an investigation and table a report and proposal at the next assembly sitting for the assembly to decide on.
Referring the BN government to the committee is one of Pakatan Rakyat’s (PR) last-gasp strategies to reverse the Feb 5 power grab masterminded by BN chairman-elect Datuk Seri Najib Razak.
The ousted mentri besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin has also filed a legal suit in the Kuala Kumpur High Court to declare Zambry’s administration illegal.
The privileges committee is made up of PR assemblymen with only one representative from BN, Temenggor’s Datuk Hasbullah Osman who was absent from today’s hearing.
The six exco members are Perak MCA Youth chief Dr Mah Hang Soon (Chenderiang), Perak Umno Youth chief Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting), Datuk Ramly Zahari (Manong) and Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan).


******

Apa sudah jadi? Nampaknya kali ini Barisan Nasional kena kerja keras semula untuk 'counter attack' tindakan Speaker DUN Perak, V Sivakumar. Taktik yang sama, semasa menjatuhkan Parti Bersatu Sabah dulu, nampaknya kali ini menjadi, tapi masih ada ruang untuk dipertikaikan.
Saya bukan pakar undang-undang, jadi saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Kita tunggulah. Menarik sekali...

Sunday, February 15, 2009

Skim Cepat Kaya!!!

Baru-baru ini (bagi yang tinggal di Sabah sahaja), kita digemparkan dengan serbuan oleh Bank Negara Malaysia terhadap Syarikat Mirza (saya tidak tahu nama penuh syarikat itu) kerana syarikat terbabit dikatakan menjalankan skim cepat kaya.
Akhirnya, ramai yang merana. Kerana difahamkan ada yang sanggup membuat 'loan' dengan amaun yang besar semata-mata untuk mendapat untung yang cepat. Skim ini dikatakan dapat memberi keuntungan berlipat ganda dalam tempoh 6 bulan sahaja. WOW!!!
Lagi teruk, kerajaan telah mengeluarkan arahan melalui Pekeliling Perkhidmatan Awam (rujuk Laman web JPA) yang melarang keras kakitangan awam mengikuti sebarang pelaburan yang berbentuk skim cepat kaya. Habislah, sebab majoriti yang mengikuti skim tersebut merupakan kakitangan awam.
Tapi kita lupakan pasal Mirza. Ada satu lagi skim cepat kaya yang popular sekarang ini. Ingin tahu? Senang saja. Yang penting anda merupakan YB di pihak pembangkang. Begini caranya...
1. Buat-buat sakit
2. Matikan telefon bimbit, dan jangan beritahu keluarga, rakan mahupun boss anda yang anda pergi berubat.
3. Selepas 1 minggu, buat kemunculan 'surprise' dan tunjukkan resit perubatan dari bomoh yang anda jumpa.
4. Nafikan sekerasnya apa sahaja tuduhan terhadap anda
5. Selepas beberapa hari, buat kenyataan 'surprise' kononnya anda letak jawatan kerana kecil hati dengan boss anda. Yalah, kena marah boss, sebab hilang macam tu saja.. Apa punya boss...
6. Periksa akaun anda (pastikan atas nama orang lain), sudah semestinya amaun di dalam akaun anda menjadi juta-juta lemon. Atau biasanya, skim ini menawarkan transaksi secara tunai sahaja. Kenapa? Ntah...

Wednesday, February 4, 2009

Tidak Boleh! Boleh! Tidak Boleh! Boleh!?

Sehingga post ini ditulis (7.45pm), keadaan politik di Perak masih tidak menentu. Di pihak Barisan Nasional, mereka menuntut agar Exco Pakatan Rakyat di Perak meletak jawatan kerana mereka telah cukup korum untuk membentuk kerajaan baru (Sila rujuk akhbar-akhbar tempatan untuk maklumat lanjut). Bagi Menteri Besar Perak pula, beliau telah berjumpa dengan Sultan Perak dan katanya - terserah kepada tuanku -. Kita tunggulah.
Cuma saya tertarik dengan gelagat tiga orang YB Pakatan (tanpa menyebut nama mereka - semua orang tahu). Sudah tentu mereka ini akan menjadi hero kerana berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Menurut mereka ini, mereka akan tetap menjadi YB Bebas tetapi akan menyokong BN, dan mereka ini disambut baik oleh Najib & Company semasa sidang akhbar yang dibuat sebentar tadi.
Saya cuma ingin membandingkan keadaan PRU11 dan PRU12. Di Sabah, satu-satunya calon Bebas yang menang Datuk John Ghani (Kuala Penyu) pernah berkata, dia akan menjadi YB Bebas-BN. Tapi selepas PRU11, permohonan beliau untuk masuk ke dalam BN ditolak. Atas alasan - lawan BN! Tapi masa itu tiada impak kerana BN masih ada banyak kerusi di Sabah.
Tapi hari ini... YB Bebas-BN diterima pula. Aduh! Entahlah... Dulu tidak boleh.. sekarang boleh.. Fikir-fikirlah sendiri..

Monday, January 26, 2009

Bangau Oh Bangau

Saya percaya kita semua pernah mendengar lagu Bangau Oh Bangau. Moral lagu tersebut adalah jangan kita menyalahkan orang lain kerana kesalahan kita. Betul ka?
Saya teringat lagu ini bila membaca pertikaian antara Datuk Seri Panglima Joseph Pairin dan Tan Sri Joseph Kurup. Bukan alang-alang. Satu DSP satu lagi Tan Sri. Bukan apa. Saya kelucuan. Kedua mereka ini pemimpin senior KDM yang disegani. Tapi bila melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.. aduh... Macam ada udang di sebalik batu. Ungkit mengungkit lagi tu. Sampai timbul istilah 'ausung' dari Pak Radin.
Baguslah kamu, gaduh lah. Pasal kerusi Pensiangan sampai kamu betikam lidah. Lepas itu sampai 'ausung' la pula (Bagi yang tidak faham 'ausung' bermaksud ketulahan). Boss boleh pula 'ausung', tapi yang tiada pembangunan di Pensiangan selepas 52 tahun merdeka itu tidak pula 'ausung'? Salah siapa? Mari nyanyi lagu Bangau Oh Bangau sekali lagi..
Akhirnya dalam lagu tersebut yang selamat adalah ular... MEMANG MAKANAN KAMI! MEMANG MAKANAN KAMI!
p/s : Ada siapa-siapa yang kepingin jadi Ular? :)

32 VS 27

Kita ringkaskan saja la.. Pakatan Rakyat ada 32 kerusi, manakala BN ada 27 di Perak. Macamana boleh berubah kedudukan kerusi tersebut saya tidak akan ulas panjang di sini sebab hampir semua suratkhabar menyiarkan berita yang sama.
Adakah ini merisaukan BN? Saya tidak tahu, tapi yang pasti pemimpin BN ada cara untuk berdepan dengan media untuk meredakan suasana.. Contohnya macam mana ya? Bacalah nanti media-media prima dalam 2-3 hari ini. Sudah pastinya banyak jawapan yang menyejukkan. Jangan risau. :)
Bagi kita di Sabah pun jangan risau. Kemasukkan mantan ADUN Kuala Penyu Datuk John Ghani ke PKR juga kononnya tiada impak. Kata Datuk Yahya (maaf Seri Panglima terlupa taip tadi), itu lumrah. Nah! Kan sudah dikatakan, pasti ada jawapan yang menyejukkan. Biarlah bah.. John Ghani itu siapa juga. Sudah kalah... (dengan mengabaikan pengaruh beliau di Kuala Penyu).
Entahlah, malas mau fikir. Ini hal politik, kita ini orang kampung. Tiada kuasa.. paling kuat pun pandai memangkah saja. Tunggu la...

Tuesday, January 20, 2009

Habis Stok...

Lebih kurang jam 10.00 malam tadi saya terserempak dengan seorang kawan yang boleh dikira 'kaki' pub setiap minggu. Untuk hiburan katanya. Biasanya kalau terjumpa, 'aramaitih' saja terkeluar dari mulut kawan ini.
Tapi kali ini berbeza pula. Kawan saya nampak sugul dan kurang ceria. Bila saya bertanya mengapa? Dia cuma cakap "Tiada stok"...
Selepas berbual beberapa minit, baru saya faham, rupanya hari ini susah untuk mendapat bekalan minuman keras kerana menurut kawan saya banyak yang kena 'ambush'. Dari kedai kecil sampai kedai besar. Lagi malang bila beberapa pub yang menjadi kunjungan tetap kawan ini akan ditutup selama 2 minggu bermula malam ini. Dan lagi malang pula, bila kedai-kedai kecil pun tiada yang mahu menjual minuman keras. Kononnya tiada stok. Tapi sebenarnya kena 'tapuk'.
Wah, baguslah kerajaan sudah mula sedar akan keburukan alkohol ini. Itu sebab ambush sana sini. Baguslah... Cuma satu la pula, kalau mahu enforce peraturan, kalau boleh biarlah adil. Jangan pula yang bilis saja kena, sedangkan yang jerung terlepas macam tu saja. Nanti ada pula gambar palsu (?) keluar di internet sang jerung sedang pesta-pesta. :)

Saturday, January 17, 2009

Pakatan Rakyat Menang Lagi...


Nampaknya keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen P.36 Kuala Terengganu kali ini berpihak kepada Pakatan Rakyat. Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi. Lebih 2000 undi berbanding pilihanraya umum Mac lepas.
Tapi seperti biasa, kerajaan BN sudah semestinya ada penjelasan dengan pekara ini. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Kerajaan BN tetap memerintah, biarpun kurang satu lagi kerusi di Dewan Rakyat.
Tapi sayang sedikitlah, berlaku sedikit pembaziran.. Difahamkan BN telah bersiap sedia dengan 35 meja buffet di kediaman Menteri Besar Terengganu, tetapi cuma sedikit sahaja yang diisi. Baik dermakan wang tersebut ke Tabung Gaza.
Itu belum lagi termasuk wang saguhati (kata calon BN itu bukan wang beliau - tapi pasti wang jentera BN) sebanyak RM300 kepada mereka yang berkenaan. :). Juga belum termasuk wang perbelanjaan dari kementerian / jabatan / agensi kerajaan yang turun serta berkempen.
Ada kawan cakap, biarlah, itu bukan Sabah.. Kita di Sabah 'tatap' undi BN. Ya pula, kita ada satu lagi pilihanraya kecil iaitu di Pensiangan. Itu pun kalau rayuan Tan Sri Joseph Kurup ditolak. Kita sama-sama tunggulah. BN jangan risaulah, peluang tetap ada di Pensiangan (Itu menurut kawan saya lah.. orang kampung sana cakap lain. :) ).
Bah, itu sajalah dulu. Jumpa lagi di blog yang akan datang.


Wednesday, January 14, 2009

RIP Rudy

Bagi yang biasa berjalan-jalan di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu mesti kenal dengan orang ini. Rudy, lelaki kerdil yang sentiasa 'stim'. "minta satu ringgit boss..", itu saja la ayat yang dia cakap kalau berjumpa dengan orang-orang yang dia kenal.
Berita terbaru saya terima, Rudy telah meninggal dunia akibat kanser di saluran pernafasan. Iyalah, kalau sudah taip hari pungut puntung rokok, lepas tu hisap memanglah jadi macam tu. Apa pun, semoga Rudy aman la di dunia baru dia tu.
p/s : Apa tindakan kerajaan untuk orang2 yang homeless ini? Tunggu saja la. Mungkin boleh masuk manifesto PRU-13 nanti. :)