Monday, March 23, 2009

Umno AGM 2009


Dalam sedikit hari saja lagi, negara akan mengalami satu lagi peristiwa bersejarah, iaitu Perhimpunan Agung Umno 2009. Saya katakan ianya bersejarah kerana selepas ini kepimpinan Umno akan berubah. Yang pasti jawatan Presiden akan disandang oleh Najib Tun Razak.
Muhammad Mohd Taib dan Muhyiddin Yassin pula bersaing untuk merebut jawatan Timbalan Presiden. Calon Timbalan Presiden yang seorang lagi, Mohd Ali Rustam telah disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno dan akhirnya tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan itu.
Calon-calon bagi Naib Presiden masih terbuka. Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Puteri Umno dan MT.
Saya katakan tadi peristiwa bersejarah, kerana lazimnya, pemenang bagi jawatan-jawatan yang saya sebutkan tadi akan memegang jawatan penting dalam kerajaan, sama ada Menteri, Timbalan Menteri atau jawatan lain.
Pemilihan kali ini sudah pastinya akan menyaksikan kepimpinan Umno berubah dan sudah semestinya merubah kepimpinan negara yang dimonopoli oleh Umno, selaras dengan pelan peralihan kuasa Pak Lah dan Najib.
Perubahan kepimpinan ini sudah mendapat reaksi pro dan kontra. Bagi yang pro-Najib, kepimpinan Najib amat ditunggu-tunggu. Bagi yang anti-Najib, peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib dianggap sebagai satu mimpi ngeri dalam sejarah negara kita.
Tempoh 3 hari nanti sudah semestinya amat kritikal. Yang pasti, penduduk negeri Sabah juga tidak sabar menunggu hari yang bersejarah ini. Sama-samalah kita nantikan keputusannya.



1 comment:

cicak said...

Dulu, bila seseorang tu baru dilantik dan menggantikan yang lama, sungguh dihormati kerana asyik melaung-laungkan anti korupsi dan sebagainya.
Tapi sebaliknya yang "sebaliknya" yang berlaku.

Pemimpin kita, ada yang sah dan sudah didapati bersalah, tetapi masih lagi 'memimpin'. Hairan.