Tuesday, January 20, 2009

Habis Stok...

Lebih kurang jam 10.00 malam tadi saya terserempak dengan seorang kawan yang boleh dikira 'kaki' pub setiap minggu. Untuk hiburan katanya. Biasanya kalau terjumpa, 'aramaitih' saja terkeluar dari mulut kawan ini.
Tapi kali ini berbeza pula. Kawan saya nampak sugul dan kurang ceria. Bila saya bertanya mengapa? Dia cuma cakap "Tiada stok"...
Selepas berbual beberapa minit, baru saya faham, rupanya hari ini susah untuk mendapat bekalan minuman keras kerana menurut kawan saya banyak yang kena 'ambush'. Dari kedai kecil sampai kedai besar. Lagi malang bila beberapa pub yang menjadi kunjungan tetap kawan ini akan ditutup selama 2 minggu bermula malam ini. Dan lagi malang pula, bila kedai-kedai kecil pun tiada yang mahu menjual minuman keras. Kononnya tiada stok. Tapi sebenarnya kena 'tapuk'.
Wah, baguslah kerajaan sudah mula sedar akan keburukan alkohol ini. Itu sebab ambush sana sini. Baguslah... Cuma satu la pula, kalau mahu enforce peraturan, kalau boleh biarlah adil. Jangan pula yang bilis saja kena, sedangkan yang jerung terlepas macam tu saja. Nanti ada pula gambar palsu (?) keluar di internet sang jerung sedang pesta-pesta. :)