Wednesday, December 31, 2008

RIP John Kumpat

Akhirnya John Kumpat meninggal dunia. Bagi yang tidak kenal siapa John Kumpat, dia adalah seorang 'kaki pukul' yang cukup dikenali di Keningau. Menurut sumber, kalau setakat keluar masuk balai itu perkara biasa bagi John Kumpat. Apa pun, takziah kepada keluarga John Kumpat.
Pengajaran - Kepada gengster politik yang masih lagi dipanjangkan nafas, ingatlah, mungkin rakyat tidak dapat menghukum anda, tetapi yang pasti, ajal sentiasa menunggu. :)

Wednesday, November 19, 2008

Hijau

Pagi tadi, saya sempat minum bersama seorang teman yang merupakan salah seorang MT salah sebuah komponen parti BN di Sabah. Lama tidak berjumpa, (tapi sebenarnya kerap juga duduk minum bersama menghabiskan secawan kopi berjam-jam) sudah tentulah banyak cerita yang dikongsi bersama dan ada antaranya yang tidak dapat saya kongsi di sini kerana agak SULIT.
Tapi ada satu isu yang saya rasa agak menarik kami bincangkan pagi tadi iaitu pengenalan semula Kad Pengenalan (IC) Hijau oleh kerajaan. Tidak perlulah saya huraikan panjang lebar apa itu IC Hijau. Tapi yang 'best' nya, ianya telah mendapat sambutan oleh mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Malah akhbar-akhbar melaporkan pejabat JPN penuh sesak dengan permohonan ini.
Lagi 'best' pula bila ada pemohon yang mendakwa "lahirnya di Malaysia, tapi nggak punya dokumen sehingga hari ini pak!. Lalu tidak ingat bila hari lahirnya. Ibu dan bapa udah lama meninggal pak!".
Apa pun, kerajaan sudah melaksanakannya. Dan bagi yang kurang bersetuju dengan dasar baru ini, terima sajalah. :) Ya lah, siapa la kita untuk melawan. Kita hanya rakyat biasa yang telah memilih kerajaan menerusi pilihanraya yang adil di Malaysia. Cuma 3 pesanan :
1. Harap-harap pegawai di JPN telus menilai siapa yang layak dan tidak layak mendapat IC Hijau tersebut.
2. Harap-harap dengan pengenalan IC Hijau ini, hak rakyat negara ini tidak tergugat.
3. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi kami peluang langkah kanan untuk mendapat hak kerakyatan di negara ini. (Pesanan dari mereka-mereka yang memohon IC Hijau ini).

Friday, November 14, 2008

Cari makan bang....

Awal minggu ini, saya telah dihantar untuk menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Yalah, orang Sabah macam 'sia' ini, bila datang KL sudah tentulah pengangkutan awam jadi pilihan. Saya check in di salah sebuah hotel di Bukit Bintang. Tempat kursus tidaklah begitu jauh, tapi perlu kenderaan juga untuk sampai ke destinasi.

Hari pertama kursus, saya menahan sebuah teksi, (naik monorail takut lambat..) dipandu oleh seorang yang berbangsa Melayu (maaf bukan perkauman) dan penuh mesra. Dan sebelum naik, pemandu tersebut bertanya, "biasa dekat KL ke encik?", saya jawap "tak", biarpun sebenarnya saya biasa juga. Lantas pemandu teksi tersebut, mematikan meter teksinya, lepas tu dia cakap "biasanya, nak pegi Jalan Raja Laut tu, orang mintak RM10, ok ke?".. Malas fikir panjang, saya setuju..

Sebelah petang, balik ke hotel, saya naik teksi sekali lagi.. kali ini dipandu oleh seorang pemandu berbangsa India. Layanan sedikit kasar. Dan yang saya kurang senang bila pemandu teksi itu panggil saya abang, sedangkan dia nampak tua dari saya. Sampai di hotel, saya bertanya "Berapa?".. Dengan selamba pemandu tersebut menunjuk pada meternya.. RM3.70..

Hari berikutnya saya menaiki teksi, purata tambangnya lebih kurang.. RM3.00 - RM4.00. Ya saya faham, mereka ini memang cari makan. Dan saya juga faham yang saya sudah kena tipu pada hari pertama saya menaiki teksi. Apa boleh buat tiada pilihan. Naik monorail takut sesak. Teksi sajalah pilihan. Saya bertanya dalam hati "Mana sudah perginya duit subsidi minyak hari tu? Mana sudah janji kerajaan untuk memperbaiki pengangkutan awam? Entah lah..."

Saturday, September 13, 2008

Sabah Tanah Airku

Sebagai permulaan, blog ini dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Sabah. Bukan apa, tapi untuk melihat adakah kita masih hafal lagu ini. Masih menghayati? Bagi yang terlupa, saya taipkan semula lagu tersebut. Selamat berjuang. Dari Sabah Untuk Sabah!

Sabah Tanah Airku
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua Marilah
Bangunlah Bersatu Semua
Marilah Bersama Serta Maju Jaya
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa Sentosa
Sabah Negeri Merdeka