Sunday, February 22, 2009

Sabah dan Bola Sepak

Pagi tadi, ketika sedang membaca salah satu akhbar made in Sabah, saya tertarik dengan cerita mengenai salah seorang pemain bola sepak Sabah yang tidak muncul selama beberapa hari selepas mengambil cuti. Sehigga berita tadi pagi ditulis, pemain tersebut dikatakan tidak muncul-muncul tanpa memaklumkan pihak pengurusan Sabah FA.
Apa sudah jadi? Saya tidak kisah dengan pemain tersebut, tetapi sebagai anak jati Sabah, saya sedikit kecewa kerana sudah semestinya gelagat pemain seperti ini akan menjejaskan persediaan Sabah dalam menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.
Terus terang, sejak akhir-akhir ini saya jarang mengikuti perkembangan, apatah lagi datang ke Stadium Likas bagi melihat pasukan bola sepak Sabah beraksi. Bukan tidak mahu, tapi sudah bertahun-tahun disajikan dengan persembahan hambar. Kadang-kadang menyakitkan hati melihat gelagat pemain bola sepak Sabah seperti mahu tidak mahu mengejar bola mahupun pemain pasukan lawan. Bukan apa.. kecewa bercampur geram. Bagi saya, sebagai penonton, tiada apa yang dinantikan melainkan persembahan permainan. Saya percaya, kalaupun harga tiket dinaikkan sedikit (demi untuk menampung masalah kewangan Sabah FA), peminat tetap datang. Yang penting buktikan! Ini macam apa?!
Kalau dulu kita boleh berbangga dengan pasukan Sabah. Tahun 70an - 80an, kita ada James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah dan banyak lagi. Selepas itu, lahir pula Matlan Marjan, Charles Tindi, Junaidi Tuah, Gerald Mojiliu dan Henry Anjun. Mereka semua ini anak jati Sabah. Mereka ini harus dicontohi oleh pemain muda sekarang. Ini, rambut saja perang atau belang-belang, permainan mengalahkan anak kucing belang! :P
Cukup sampai di sini la. Semakin panjang saya menulis terasa macam mau marah la pula. Harapan saya agar pasukan Sabah akan bangkit! Adios!