Friday, March 13, 2009

Pilihanraya Kecil Parlimen Pensiangan - Mahkamah Persekutuan kata TIDAK

Pagi tadi, ketika saya sedang menghadiri satu mesyuarat, saya mendapat SMS dari seorang rakan yang menghadiri perbicaraan bagi mendengar keputusan rayuan Tan Sri Joseph Kurup di Mahkamah Persekutuan. Keputusan penghakiman nampaknya berpihak kepada Kurup.
Keputusan ini sudah semestinya mengecewakan Pakatan Rakyat dan sebilangan besar rakyat Pensiangan yang mahukan pilihanraya kecil diadakan agar mereka dapat memilih semula calon pilihan mereka.
Keputusan sudah dibuat. Cakap banyak pun tidak perlu lagi. Cuma satu saja la, harapan saya agar Kurup akan melaksanakan tugasnya dengan baik dan lebih berkesan selepas ini. Anggap sajalah prosiding kehakiman yang berlangsung selama beberapa bulan (sudah semestinya Kurup tidak tidur lena) sebagai 'training' kepada Kurup. Ya, Kurup cukup stress selama beberapa bulan. Tapi rakyat Pensiangan lagi stress tidak menerima pembangunan selepas berTAHUN-TAHUN.
Bagi Pakatan Rakyat pula, selepas ini mereka akan menumpukan perhatian kepada 3 pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada awal April. Kita tunggu dan lihatlah.

No comments: