Wednesday, February 4, 2009

Tidak Boleh! Boleh! Tidak Boleh! Boleh!?

Sehingga post ini ditulis (7.45pm), keadaan politik di Perak masih tidak menentu. Di pihak Barisan Nasional, mereka menuntut agar Exco Pakatan Rakyat di Perak meletak jawatan kerana mereka telah cukup korum untuk membentuk kerajaan baru (Sila rujuk akhbar-akhbar tempatan untuk maklumat lanjut). Bagi Menteri Besar Perak pula, beliau telah berjumpa dengan Sultan Perak dan katanya - terserah kepada tuanku -. Kita tunggulah.
Cuma saya tertarik dengan gelagat tiga orang YB Pakatan (tanpa menyebut nama mereka - semua orang tahu). Sudah tentu mereka ini akan menjadi hero kerana berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Menurut mereka ini, mereka akan tetap menjadi YB Bebas tetapi akan menyokong BN, dan mereka ini disambut baik oleh Najib & Company semasa sidang akhbar yang dibuat sebentar tadi.
Saya cuma ingin membandingkan keadaan PRU11 dan PRU12. Di Sabah, satu-satunya calon Bebas yang menang Datuk John Ghani (Kuala Penyu) pernah berkata, dia akan menjadi YB Bebas-BN. Tapi selepas PRU11, permohonan beliau untuk masuk ke dalam BN ditolak. Atas alasan - lawan BN! Tapi masa itu tiada impak kerana BN masih ada banyak kerusi di Sabah.
Tapi hari ini... YB Bebas-BN diterima pula. Aduh! Entahlah... Dulu tidak boleh.. sekarang boleh.. Fikir-fikirlah sendiri..