Wednesday, November 19, 2008

Hijau

Pagi tadi, saya sempat minum bersama seorang teman yang merupakan salah seorang MT salah sebuah komponen parti BN di Sabah. Lama tidak berjumpa, (tapi sebenarnya kerap juga duduk minum bersama menghabiskan secawan kopi berjam-jam) sudah tentulah banyak cerita yang dikongsi bersama dan ada antaranya yang tidak dapat saya kongsi di sini kerana agak SULIT.
Tapi ada satu isu yang saya rasa agak menarik kami bincangkan pagi tadi iaitu pengenalan semula Kad Pengenalan (IC) Hijau oleh kerajaan. Tidak perlulah saya huraikan panjang lebar apa itu IC Hijau. Tapi yang 'best' nya, ianya telah mendapat sambutan oleh mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Malah akhbar-akhbar melaporkan pejabat JPN penuh sesak dengan permohonan ini.
Lagi 'best' pula bila ada pemohon yang mendakwa "lahirnya di Malaysia, tapi nggak punya dokumen sehingga hari ini pak!. Lalu tidak ingat bila hari lahirnya. Ibu dan bapa udah lama meninggal pak!".
Apa pun, kerajaan sudah melaksanakannya. Dan bagi yang kurang bersetuju dengan dasar baru ini, terima sajalah. :) Ya lah, siapa la kita untuk melawan. Kita hanya rakyat biasa yang telah memilih kerajaan menerusi pilihanraya yang adil di Malaysia. Cuma 3 pesanan :
1. Harap-harap pegawai di JPN telus menilai siapa yang layak dan tidak layak mendapat IC Hijau tersebut.
2. Harap-harap dengan pengenalan IC Hijau ini, hak rakyat negara ini tidak tergugat.
3. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi kami peluang langkah kanan untuk mendapat hak kerakyatan di negara ini. (Pesanan dari mereka-mereka yang memohon IC Hijau ini).

3 comments:

OmSaBaH said...

Bah, ngam la tu.. sudah dapat IC khabarkan lagi dengan bapak2 dan ibu2 di seberang sana. Na.. dalam masah 2 tahun sahaja Malaysia akan mempunyai 50juta penduduk :P

cicak said...

Kalau warganegara, dorang suruh pohon penduduk tetap, lepas tu PTI, dorang kasi 'Mykad khas' tuh..

Sapa la punya idea bernas ni.

huguon said...

Jangan takut. Menurut sumber, setiap hari JPN menerima lebih 2000 permohonan, dan kebanyakkannya adalah PATI. Inda apa la, 2000 x 365 hari = 730,000 orang. Sikit saja tu. Jangan risau :)